Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 2 Tahun 2014 (Bar Council Circular No 176/2014)

Circular No 176/2014
Dated 11 Aug 2014

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 2 Tahun 2014
Panduan Pemfailan Dokumen dan Tempoh Masa Hujahan Lisan di Mahkamah Rayuan

The Registrar of the Court of Appeal of Malaysia, Datin Latifah bt Haji Mohd Tahar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 2 Tahun 2014, dated 5 Aug 2014, entitled “Panduan Pemfailan Dokumen dan Tempoh Masa Hujahan Lisan di Mahkamah Rayuan”.

Please be informed that Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 2 Tahun 2014 took effect immediately.

The relevant portion of Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 2 Tahun 2014 is reproduced below and a copy of it, which we received on 7 Aug 2014 via email, is attached for your reference.

Thank you.

Richard Wee Thiam Seng
Secretary
Malaysian Bar



Tarikh:5 Ogos 2014

ARAHAN AMALAN MAHKAMAH RAYUAN

BIL.2 TAHUN 2014
PANDUAN PEMFAILAN DOKUMEN DAN TEMPOH MASA HUJAHAN LISAN DI MAHKAMAH RAYUAN

Bagi tujuan penyelarasan dan keberkesanan prosiding rayuan sivil dan permohonan sivil di Mahkamah Rayuan serta untuk memudahkan rujukan oleh Panel Hakim Mahkamah Rayuan, YAA Presiden Mahkamah Rayuan telah mengarahkan seperti yang berikut:

2.         PEMFAILAN DOKUMEN-DOKUMEN
Dokumen-dokumen berikut hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dalam tempoh tidak kurang 14 hari dari tarikh pendengaran kes:
 

2.1 IKATAN TERAS BERSAMA / IKATAN TERAS – selepas ini dirujuk sebagai “Ikatan Teras”.

2.1.1 Definisi

“Ikatan Teras” bermaksud ikatan-ikatan dokumen yang mengandungi alasan penghakiman, perintah / penghakiman Mahkamah Tinggi dan / atau Mahkamah Rendah dan semua dokumen yang akan dirujuk oleh pihak-pihak semasa pendengaran kes.

2.1.2   Pembahagian

Ikatan Teras hendaklah dibahagikan kepada dua (2) ikatan iaitu:

(a) Ikatan Penghakiman yang mengandungi alasan penghakiman dan perintah / penghakiman Mahkamah Tinggi dan / atau Mahkamah Rendah; dan
(b) Ikatan Dokumen yang mengandungi semua dokumen yang akan dirujuk oleh pihak-pihak semasa pendengaran rayuan.

2.1.3 Pemakaian
Ikatan Teras bertujuan untuk memudahkan perjalanan prosiding di Mahkamah Rayuan bagi kes-kes yang jumlah rekod rayuannya melebihi lima (5) jilid. Walau bagaimanapun, pihak-pihak boleh merujuk kepada mana-mana dokumen lain yang terdapat dalam Rekod Rayuan sekiranya dokumen tersebut tidak dimasukkan ke dalam Ikatan Teras tertakluk kepada budi bicara Pengerusi Panel.

2.1.4 Penandaan Muka Surat Ikatan Teras
Walaupun setiap muka surat dokumen-dokumen yang dimasukkan ke dalam Ikatan Teras telah dinomborkan semasa penyediaan Rekod Rayuan, dokumen-dokumen berkenaan juga hendaklah dinomborkan semula di bahagian sudut bawah kanan mengikut turutan.

2.1.5 Warna Jilid
Warna Jilid bagi ikatan teras adalah kuning.


2.2 HUJAHAN BERTULIS DAN IKATAN OTORITI

2.2.1 Hujahan Bertulis hendaklah:

(a) difailkan secara bercetak (hard copy) dan boleh juga dihantar melalui e-mel di appealwm@kehakiman.gov.my  atau appealss@kehakiman.gov.my mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b) disertakan dengan suatu Ringkasan Eksekutif jika hujahan melebihi 30 muka surat; dan
(c)  menggunakan tulisan jenis Arial bersaiz 14 dengan jarak 1.5 antara barisan.

2.2.2  Warna Jilid
Warna jilid bagi hujahan bertulis dan ikatan otoriti hendaklah seperti yang berikut:

Bil

Dokumen

Warna

1.

Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti Perayu / Pemohon

Biru

2.

Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti Responden

Oren

2.3 JUMLAH SALINAN

Dokumen-Dokumen Ikatan Teras, Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti hendaklah difailkan dalam empat (4) salinan melainkan terdapat arahan khusus yang diberikan oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan.

 3.         TEMPOH MASA HUJAHAN LISAN JIKA HUJAHAN BERTULIS TIDAK DIFAILKAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
Tempoh hujahan lisan bagi setiap pihak adalah terhad kepada 15 minit sahaja. Sebarang lanjutan masa adalah tertakluk kepada budi bicara Pengerusi Panel.

4.         PERMULAAN KUAT KUASA
Arahan Amalan ini berkuat kuasa dengan serta-merta.

This circular and the attachment may also be accessed here.