Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Guidelines | Garis Panduan Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah (Dikemaskini 16 November

Circular No 260/2016
Dated 18 Nov 2016

To Members of the Malaysian Bar

Guidelines | Garis Panduan Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah (Dikemaskini 16 November 2016)

The Chief Assistant Director of the Registration Division of the Federal Territories Director of Lands and Mines Office (Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Nor Azura bt Abdul Rahman, has extended to us, by email on 16 Nov 2016, a copy of Garis Panduan Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah (Dikemaskini 16 November 2016). 

Please be informed that the updated guidelines took effect on 16 Nov 2016.

The relevant portion of the email is reproduced below, and a copy of Garis Panduan Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah (Dikemaskini 16 November 2016) is attached (here) for your reference.

Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar 
__________________________________________________________________________________________

[16 November 2016]

Susulan perbincangan yang telah diadakan bersama wakil Bar Council dan KL Bar Committee pada 24 Oktober 2016, bersama ini dikemukakan Garis Panduan Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga yang telah dikemaskini yang akan dikuatkuasakan mulai hari ini, 16 November 2016.

Antara pindaan yang terlibat adalah seperti berikut:-

1.         Gantung - Butiran kewarganegaraan bagi individu tidak dinyatakan (Seksyen 436A KTN). Pembetulan hanya boleh dibuat oleh orang yang menyempurnakan suratcara (peguam).

2.         Gantung - Kesilapan nama, no. kad pengenalan dan jawatan orang yang menyempurnakan instrumen bagi syarikat/ pertubuhan/ persatuan/ perbadanan. Kedudukan syarikat/ persatuan/ pertubuhan dan taraf syarikat asing tidak dinyatakan (Seksyen 436A KTN). Pembetulan hanya boleh dibuat oleh orang yang menyempurnakan suratcara.

3.         Pindaan pada senarai penolakan. Tidak menggunakan pen dakwat hitam kekal. Ballpoint pen/Ball pen tidak dibenarkan (Perenggan 11 Jadual kesepuluh).

4.         Pindaan kepada tempoh penggantungan daripada 3 hari kepada 5 hari.

Tempoh penggantungan perserahan (5 hari) telah tamat tanpa tindakan pembetulan atau maklumbalas daripada penyerah.

Kerjasama pihak tuan dipohon untuk mengedarkan Garis Panduan ini untuk mengelakkan penggantungan dan penolakan dokumen di pejabat ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Nor Azura binti Abdul Rahman
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
T: 03 2610 3402 | F: 03 2610 3494