Dated 24 Mar 2017
To Members of the Malaysian Bar
Implementation of E-Filing through E-Court System (Phase 2)
at Temerloh Court Complex
We refer to Bar Council
Circular No 275/2016 entitled “Expansion of E-Court System Throughout Malaysia | Briefing Sessions in Ayer Keroh and Kuantan”, dated 9 Dec 2016, in which we informed Members regarding the expansion of the e-Court/e-Kehakiman system (Phase 2) to all courts throughout Peninsular Malaysia.
We have been notified by the Deputy Registrar of the e-Court Division of the Federal Court of Malaysia, Hamidah bt Mohamed Deril, that the e-filing system through the e-Court sytem (Phase 2) will be implemented at the Temerloh Court Complex on 3 Apr 2017 (Monday).
Briefing sessions for Members will be held on 30 and 31 Mar 2017 (Thursday and Friday).
The relevant portion of the notice is reproduced below for your reference.
Should you have any enquiries, please contact Assayidatun Najwa bt Muhammad Nasution by telephone at 03-8880 9527, or by email at
ekehakiman@kehakiman.gov.my.
Thank you.
Kenny Lai Choe Ken and Desmond Ho Chee Cheong
Co-Chairpersons
Court Liaison Committee
21 Mac 2017
PELAKSANAAN PEMFAILAN SECARA ONLINE MELALUI SISTEM e-KEHAKIMAN FASA 2 DI MAHKAMAH TEMERLOH
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman Tuan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan dijangka melaksanakan Sistem eKehakiman Fasa 2 di Mahkamah Temerloh pada 3 April 2017 (Isnin) dan latihan penggunaan sistem akan diadakan pada 30 hingga 31 Mac 2017 (Khamis-Jumaat). Sistem ini mengkehendaki peguam untuk membuat pemfailan kes jenayah dan sivil ke Mahkamah Temerloh secara
online dari pejabat firma guaman masing-masing sebagaimana yang telah dilaksanakan di Kompleks Mahkamah Melaka dan Kompleks Mahkamah Kuantan sebelum ini.
3. Sebagai persediaan bagi menggunakan sistem tersebut, firma guaman dikehendaki untuk mendapatkan
eCourt Personal Certificate (token) dari syarikat pembekal
Augmented Technology Sdn. Bhd. sebelum tarikh 3 April 2017 bagi membolehkan peguam membuat pemfailan secara
online ke Mahkamah Temerloh sebaik sahaja sistem tersebut dilaksanakan. Permohonan untuk mendapatkan
eCourt Personal Certificate (token) tersebut boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di laman web syarikat pembekal seperti yang berikut:
Alamat : Augmented Technology Sdn. Bhd. (982056-V)
Head Office & Call Centre
38 & 40, Jalan BM 7/19, Bandar Bukit Mahkota
43000 Kajang, Selangor.
No. Telefon : 03-89260550
Laman web : http://ecourt.aug-tech.com/
4. Justeru, Bahagian ini memohon kerjasama dari pihak Tuan untuk membuat hebahan selanjutnya berkenaan perkara ini kepada peguam yang beramal di seluruh Malaysia untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan dalam memfailkan kes secara
online ke Mahkamah Temerloh selepas tarikh 3 April 2017.
5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi
Puan Assayidatun Najwa binti Muhammad Nasution di talian
03-8880 9527/010-2326535 atau melalui emel
ekehakiman@kehakiman.gov.my. Segala kerjasama dan tindakan awal dari pihak Tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL
Timbalan Pendaftar,
Bahagian e-Kehakiman,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya.
Tel : 03 88803583