Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Bil 9 Tahun 2015 (Circular No 276/2015)

Circular No 276/2015
Dated 21 Dec 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Bil 9 Tahun 2015
Kod Baharu Bagi Kes-Kes Rayuan Jenayah Mahkamah Tinggi Bagi Kes Rasuah

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 9 Tahun 2015 dated 15 Dec 2015 pertaining to the introduction of specific codes for appeal cases at the High Court involving corruption.

This Arahan Amalan refers to Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2013 dated 5 Aug 2013, entitled “Tambahan dan Pindaan Kepada Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2013 Mengenai Pengkelasan Kod Bagi Kes-Kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Seluruh Malaysia”, which was disseminated to Members of the Bar in Circular No 175/2013 dated 16 Aug 2013.

Please be informed that Arahan Amalan Bil 9 Tahun 2015 will take effect from 1 Jan 2016 (Friday).

The relevant portion of Arahan Amalan Bil 9 Tahun 2015 is reproduced below, and a copy of it is available online here for your reference.

Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar

___________________________________________________________________________________________

 Tarikh: 15 Disember 2015

ARAHAN AMALAN BIL. 9 TAHUN 2015
KOD BAHARU BAGI KES-KES RAYUAN JENAYAH MAHKAMAH TINGGI BAGI KES RASUAH

Dengan hormatnya saya diarahkan untuk merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti yang YBhg. Dato’/ Datin / Tuan / Puan sedia maklum, kod bagi kes-kes rayuan jenayah di Mahkamah Tinggi adalah sebagaimana Arahan Amalan Bilangan 7 Tahun 2013.  Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk menambahbaik sistem pendaftaran kes-kes tersebut khususnya bagi kes-kes yang melibatkan rasuah.  Ini kerana pada masa ini, tiada kod khas yang ditetapkan bagi kes-kes rayuan rasuah termasuklah kes yang melibatkan pekhidmat awam.

3. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kes-kes sedemikian dapat dipantau dan diselesaikan dengan lebih efisyen, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mengarahkan agar kes-kes rayuan rasuah di Mahkamah Tinggi termasuklah kes rasuah yang melibatkan pekhidmat awam diberikan kod-kod pendaftaran khusus seperti berikut:

Kod 42R

Rayuan Kes Rasuah

Kod 42R(A)

Rayuan Kes Rasuah (Pekhidmat Awam)

4. Bagi kes-kes rayuan rasuah yang telah didaftarkan dengan kod sedia ada, ia hendaklah dikekalkan sehingga kes-kes tersebut selesai.

5. Buku Kausa untuk pendaftaran setiap kod seperti di atas hendaklah dibuka dan diselenggarakan dengan teratur.

6. Arahan Amalan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2016.