Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2015 | Kes-Kes Anti Pencatutan (Anti-Profiteering Cases)

Circular No 066/2015
Dated 31 Mar 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2015
Kes-Kes Anti Pencatutan

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2015, dated 31 Mar 2015, entitled “Kes-Kes Anti Pencatutan”.

Please note that Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) is the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 (Act 723). 

Please be informed that Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2015 will take effect from 1 Apr 2015 (Wednesday).

The relevant portion of Arahan Amalan  Bil 1 Tahun 2015 is reproduced below, and a copy of it, which we received today, is attached for your reference.

Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn 
Secretary
Malaysian Bar

______________________________________________________________________________________________

Tarikh: 31 Mac 2015

ARAHAN AMALAN BIL 1 TAHUN 2015
KES-KES ANTI PENCATUTAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.    Selaras dengan usaha kerajaan untuk menangani kenaikan harga barang berikutan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Jemaah Menteri telah memutuskan agar satu Mahkamah Sesyen Khas Anti Pencatutan dikenalpasti di lima (5) zon utama bagi membicarakan kes-kes kesalahan mencatut sebagaimana yang diperuntukkan di bawahAkta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 [Akta 723] dan peraturan­-peraturan di bawahnya.

3.    Walau bagaimanapun, penubuhan Mahkamah Sesyen Khas Anti Pencatutan mengikut lima (5) zon utama masih belum dimuktamadkan. Sehubungan dengan itu, adalah diarahkan agar kes-kes bersabit kesalahan mencatut didaftar dan dibicarakan di setiap Mahkamah Sesyen utama di ibu negeri masing-masing. Keputusan ini dibuat bagi memastikan kes-kes bersabit kesalahan mencatut dapat dipantau dan diselesaikan dengan lebih efisien.

4.    Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, Mahkamah Sesyen ini juga tetap akan membicarakan kes-kes yang lain seperti biasa disamping kes-kes di bawah Akta 723.

5.     Kes-kes anti pencatutan yang difailkan hendaklah didaftarkan di Mahkamah Sesyen yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A. Bagi tujuan kemudahan, kes-kes anti pencatutan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen Labuan hendaklah difailkan di Mahkamah Sesyen Labuan.

6.     Pendaftaran kes-kes tersebut adalah menggunakan kod-kod seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Kod 61AP

Kes Tangkap Anti Pencatutan – Pekhidmat Awam

Kod 62AP

Kes Tangkap Anti Pencatutan

Kod 42AP(A)

Rayuan Anti Pencatutan – Pekhidmat Awam

Kod 42AP

Rayuan Anti Pencatutan

7.     Buku kausa khas hendaklah dibuka bagi tujuan pendaftaran kes-kes anti pencatutan ini.

8.     Arahan Amalan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 April 2015.