Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2014 (Circular No 165/2014)

Circular No 165/2014
Dated 4 Aug 2014

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2014
Pengurusan Kes Sivil Sebelum Bicara Selaras dengan Aturan 34 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

The Chief Judge of Malaya, YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli b Ahmad Makinudin, has extended to us a copy of Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2014, dated 2 July 2014, entitled “Pengurusan Kes Sivil Sebelum Bicara Selaras Dengan Aturan 34 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012”.

Please be informed that Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2014 took effect on 15 July 2014 (Tuesday).

The relevant portion of Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 2 Tahun 2014 is reproduced below, and a copy of it, which we received on 17 July 2014, is attached for your reference.

Thank you.

Richard Wee Thiam Seng
Secretary
Malaysian Bar

 



Tarikh: 2 Julai 2014

ARAHAN AMALAN HAKIM BESAR MALAYA BIL. 2 TAHUN 2014
PENGURUSAN KES SIVIL SEBELUM BICARA
SELARAS DENGAN ATURAN 34 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012

Setelah berunding dengan YAA Ketua Hakim Negara, saya dengan ini mengarahkan agar amalan berikut dipatuhi bagi tujuan keseragaman pengurusan kes sivil sebelum bicara di Mahkamah Tinggi Malaya:

Pengurusan Kes Kali Pertama di Hadapan Timbalan Pendaftar/ Penolong Kanan Pendaftar

  1. Mahkamah hendaklah mengeluarkan notis seperti dalam Borang 59 A. 34 k. 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM”) yang mengarahkan semua pihak yang berkenaan supaya hadir di hadapan Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar (“Pendaftar”) dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pemfailan writ untuk pengurusan kes kali pertama.

Penyampaian Writ

  1. Semasa pengurusan kes kali pertama, jika writ gagal disampaikan, Pendaftar hendaklah mengarahkan supaya permohonan untuk penyampaian ganti difailkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pengurusan kali pertama.
  1. Semasa pengurusan kes kali pertama, Pendaftar hendaklah menetapkan tarikh pengurusan kes kali kedua di hadapan Hakim, dan tarikh itu hendaklah dalam tempoh empat puluh dua (42) hari dari tarikh pengurusan kes kali pertama. Jika tiada permohonan penyampaian ganti difailkan atau perintah penyampaian ganti gagal dipatuhi, Hakim boleh membatalkan writ yang berkenaan dengan kebebasan untuk memfailkan semula. 
  1. Jika penyampaian writ berjaya dilaksanakan dan Defendan gagal untuk memasukkan kehadiran, penghakiman boleh dimasukkan atas permohonan Plaintif (A. 13 KKM) 

Kehadiran/Pembelaan Dimasukkan dan Tiada Permohonan Interlokutori 

  1. Jika defendan telah memasukkan kehadiran dan memfailkan pembelaan/tuntutan balas pada tarikh pengurusan kes kali pertama, dan tiada permohonan interlokutori akan difailkan, Pendaftar hendaklah mengarahkan pihak-pihak supaya menutup pliding dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengurusan kes kali pertama.  Tarikh pengurusan kes kali kedua hendaklah ditetapkan di hadapan Hakim dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pliding ditutup. 

Pengurusan Kes Kali Kedua di Hadapan Hakim

  1. (1) Pada pengurusan kes kali kedua, Hakim hendaklah mengarahkan pihak-pihak supaya mematuhi mana-mana arahan seperti yang diperuntukkan di bawah A 34 K 2(2) KKM termasuk memfailkan dan menyampaikan dokumen-dokumen yang berikut dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengurusan kes kali kedua tersebut:
(i) Ikatan pliding;

(ii) Ikatan dokumen yang terbahagi kepada:
  1. Bahagian A: Dokumen yang kesahan dan kandungannya dipersetujui
  2. Bahagian B: Dokumen yang kesahannya tidak dipertikaikan tetapi kandungannya dipertikaikan
  3. Bahagian C: Dokumen yang kesahan dan kandungannya dipertikaikan
[Ikatan dokumen hendaklah disusun mengikut kronologi dan dengan muka surat yang berturutan. Ikatan dokumen hendaklah difailkan secara bersama (“common bundle”). Sekiranya ikatan dokumen bersama tidak dapat difailkan dalam masa yang ditetapkan, Hakim boleh mengarahkan pemfailan secara berasingan];

(iii) Ringkasan kes bagi setiap pihak;
(iv) Penyataan fakta yang dipersetujui oleh pihak-pihak;
(v) Penyataan isu-isu yang hendak dibicarakan;
(vi) Senarai saksi termasuk butir-butir bagi setiap saksi; dan
(vii) Penyataan Saksi

(2) Hakim hendaklah menetapkan tarikh pengurusan kes kali ketiga dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas pengurusan kes kali kedua.
  1. Pada peringkat ini, pihak-pihak boleh membuat permohonan bagi penzahiran dokumen (discovery of documents) atau interogatori.

Pengurusan Kes Kali Ketiga di Hadapan Hakim

  1. Setelah dokumen-dokumen di perenggan 6 difailkan dan disampaikan, Hakim hendaklah menetapkan tarikh perbicaraan, dan tarikh itu hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh pemfailan writ. Hakim boleh menggunakan budi bicara untuk menetapkan tarikh bicara walaupun dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam perenggan 6(1) di atas masih belum difailkan. Hakim boleh membenarkan 
    dokumen-dokumen tersebut difailkan dan disampaikan selepas tarikh perbicaraan ditetapkan, selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh bicara.

Mediasi

  1. Pada mana-mana peringkat sebelum perbicaraan bermula, jika pihak-pihak bersetuju, Hakim atau Pendaftar boleh merujukkan kes untuk mediasi di hadapan Hakim atau Pendaftar yang lain. Walaupun pihak-pihak bersetuju untuk kes dirujukkan untuk mediasi, pihak-pihak masih perlu mematuhi arahan Hakim atau Pendaftar selaras dengan Arahan Amalan ini. 

Kehadiran/Pembelaan Dimasukkan dan Ada Permohonan Interlokutori

  1. Permohonan interlokutori hendaklah difailkan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pengurusan kes kali pertama dan hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat puluh dua (42) hari dari tarikh pemfailan permohonan tersebut.
  1. Walaupun permohonan interlokutori difailkan, pihak-pihak hendaklah mematuhi 
    arahan di perenggan 6 dan 7 Arahan Amalan ini.
  1. Setelah permohonan interlokutori diselesaikan, Pendaftar hendaklah menetapkan tarikh pengurusan kes di hadapan Hakim. Hakim hendaklah menetapkan tarikh perbicaraan dan tarikh itu hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh pemfailan writ.

Kegagalan untuk Menghadiri atau Mematuhi Arahan Pengurusan Kes

  1. Sekiranya mana-mana pihak gagal menghadiri pengurusan kes yang ditetapkan atau gagal mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh Hakim atau Pendaftar semasa pengurusan kes, Mahkamah boleh membatalkan tindakan atau prosiding itu atau membatalkan pembelaan atau tuntutan balas atau memasukkan penghakiman atau membuat perintah yang lain sebagaimana yang difikirkannya patut. [A. 34 k.2(2) dan k. 6 KKM]

Pemakaian dan Tarikh Kuat Kuasa

  1. Arahan Amalan ini hendaklah dibaca bersama A. 34 KKM, dan jika terdapat mana-mana keadaan yang tidak diperuntukkan dalam Arahan Amalan ini, Hakim atau Pendaftar hendaklah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sewajarnya bagi menjamin penyelesaian suatu tindakan atau prosiding dengan adil, cepat dan ekonomi.
  1. Arahan Amalan ini mula berkuat kuasa pada 15 Julai 2014.
This circular and the attachment may also be accessed here.