Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bilangan 1 Tahun 2015 | Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara

Circular No 084/2015
Dated 24 Apr 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bilangan 1 Tahun 2015 
Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara “Fast Track” di Mahkamah Rendah Malaya

The Chief Judge of Malaya, YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli b Ahmad Makinudin, has extended to us a copy of Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bilangan 1 Tahun 2015, dated 23 Apr 2015, entitled “Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara ‘Fast Track’ di Mahkamah Rendah Malaya”.

Please be informed that Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bilangan 1 Tahun 2015 will take effect from 1 May 2015 (Friday).

The relevant portion of Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bilangan 1 Tahun 2015 is reproduced below, and a copy of it, which we received on 23 Apr 2015, is attached for your reference. 

Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn 
Secretary
Malaysian Bar

___________________________________________________________________________________________

Tarikh: 23 April 2015

ARAHAN AMALAN HAKIM BESAR MALAYA BILANGAN 1 TAHUN 2015 
PENGENDALIAN KES-KES JENAYAH JALANAN SECARA ‘FAST-TRACK’ DI MAHKAMAH RENDAH MALAYA

Setelah berunding dengan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, saya dengan ini mengarahkan agar keutamaan hendaklah diberikan kepada kes-kes jenayah jalanan bagi mempercepatkan pendengaran kes-kes tersebut terutama jika melibatkan pelancong warganegara asing.

A. PENDAFTARAN KES

i) Definisi kes-kes jenayah jalanan merangkumi kes-kes seperti rompak, samun, ragut, langgar dan rompak serta kes-kes penipuan tambang teksi.

ii) Kes-kes jenayah jalanan hendaklah didaftarkan mengikut pengkelasan kod seperti berikut:

                        Mahkamah Sesyen: Kod 61J, 61RS, 62J, 62RS

                        Mahkamah Majistret: Kod 82J, 82RS, 83J, 83RS, 84J

                        (Rujuk: Arahan Amalan Bilangan 6 dan 7 Tahun 2013)

B. PERMOHONAN REMAN DI BAWAH SEKSYEN 117 KANUN TATACARA JENAYAH

i) Permohonan reman kes-kes melibatkan jenayah jalanan hendaklah didaftarkan di bawah kod 89RE (J) Permohonan jenayah (Reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (Jenayah Jalanan) dan 89RE (C) bagi Permohonan Jenayah (Reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah)(Kanak-Kanak).

ii) Mahkamah haruslah mengeluarkan perintah tahanan reman tidak melebihi 3 hari bagi kes-kes yang tersebut di atas. Perintah lanjutan tahanan reman hendaklah tidak dibenarkan kecuali di atas sebab-sebab yang munasabah.

C. GARIS MASA PENYELESAIAN KES BERKAITAN JENAYAH JALANAN

i) Kes-kes jenayah jalanan hendaklah dilupuskan dalam tempoh masa tidak melebihi 3 hari (jika tertuduh mengaku salah) dan 2 minggu (untuk kes bicara) daripada tarikh kes didaftarkan. Garis masa ini terpakai dalam kedua-dua situasi iaitu tertuduh adalah warga Malaysia dan juga pelancong warganegara asing.

D. PENANGGUHAN

i) Penangguhan hanya akan dibenarkan atas alasan yang munasabah. Garis panduan berkenaan penangguhan di bawah Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2008 adalah terpakai.

E. HAK TERTUDUH UNTUK DIWAKILI PEGUAM PILIHAN SENDIRI

i) Mahkamah hendaklah memelihara hak tertuduh dalam perkara ini seperti yang telah dijamin di bawah Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan. Peguam yang dilantik oleh tertuduh ini mestilah bersedia untuk meneruskan perbicaraan bagi pihak tertuduh pada mana-mana tarikh singkat yang akan ditetapkan oleh Mahkamah.

ii) Jika peguam yang dipilih tertuduh gagal hadir atau tidak berkemampuan mengendalikan kes tertuduh pada tarikh sebutan/perbicaraan yang telah ditetapkan, tertuduh boleh mendapatkan khidmat peguam yang tersenarai dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

F. HAK TERTUDUH UNTUK DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN

i) Mahkamah hendaklah tidak membenarkan jaminan bagi kes-kes jenayah jalanan yang serius dan melibatkan kecederaan parah kepada mangsa. Manakala bagi kes-kes ragut yang kurang serius dan tidak melibatkan kecederaan atau cedera ringan, jaminan bolehlah dipertimbangkan.

G. KES MELIBATKAN PELANCONG WARGANEGARA ASING SEBAGAI MANGSA/SAKSI

i) Jika kes melibatkan pelancong warganegara asing sebagai mangsa atau saksi, Mahkamah hendaklah atas permohonan Pendakwa Raya mengambil rakaman keterangan pelancong warganegara asing ini terlebih dahulu pada tarikh sebutan pertama dengan kehadiran tertuduh. Dalam keadaan ini, rakaman keterangan di bawah seksyen 396 KAJ hendaklah dirakamkan sebelum saksi berkenaan dibenarkan pulang ke negara asal.

H. LAPORAN PERUBATAN

i) Jika tertuduh mengaku salah, laporan perubatan rasmi bagi kecederaan mangsa tidak perlu dikemukakan. Adalah memadai jika laporan pemeriksaan bertulis daripada doktor dikemukakan dalam kes-kes di mana kecederaan pada mangsa adalah jelas, bersifat fizikal dan tidak dipertikaikan. Jika terdapat kecederaan dalaman pada mangsa, laporan pemeriksaan bertulis boleh dikemukakan tertakluk kepada keputusan X-ray dan sebagainya.

I. GAMBAR

i) Keterangan gambar bagi menggantikan barang kes boleh digunakan bagi menjimatkan masa semua pihak. Sekiranya pelancong warganegara asing terlibat telah pulang ke negara asal, pengecaman identiti pelancong warganegara asing untuk perbicaraan boleh dibuat dengan menggunakan gambar.

J. KHIDMAT JURUBAHASA ASING

i) Sekiranya kes jenayah jalanan melibatkan pelancong atau warganegara asing, pihak pendakwaan hendaklah berhubung dengan pihak Mahkamah sebelum tarikh sebutan/bicara ditetapkan mengenai keperluan kepada khidmat jurubahasa asing berkenaan.

2.         Arahan Amalan ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2015 dan terpakai kepada semua kes jenayah jalanan yang didaftarkan bermula dari tarikh ini.