Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 1 Tahun 2018

Circular No 031/2018
Dated 5 Feb 2018

To Members of the Malaysian Bar

Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 1 Tahun 2018
Bayaran Deposit bagi Pelaksanaan Waran Tangkap bagi Kes Sivil di Seluruh Mahkamah di Malaysia

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar, has extended to us a copy of Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 1 Tahun 2018 (“Pekeliling 1/2018”) entitled “Bayaran Deposit Bagi Pelaksanaan Waran Tangkap Bagi Kes Sivil Di Seluruh Mahkamah Di Malaysia”, dated 30 Jan 2018, pertaining to the payment of deposits for the execution of warrants of arrest for civil cases in all courts in Malaysia.

If you are a registered user of the Malaysian Bar website, you may click here to access a copy of Arahan Amalan Bil 4 Tahun 2009 entitled “Wang Deposit dan Pelaksanaan Waran Tangkap bagi Kes Sivil di Seluruh Mahkamah di Malaysia” dated 16 Nov 2009, which is referenced in Pekeliling 1/2018.

Please be informed that Pekeliling 1/2018 came into operation on 30 Jan 2018 (Tuesday).

The relevant portion of Pekeliling 1/2018 is reproduced below, and a copy of it, which we received on 30 Jan 2018, is attached for your reference.

Thank you.

Roger Chan Weng Keng
Secretary
Malaysian Bar

__________________________________________________________________________________________

Tarikh: 30 Januari 2018

PEKELILING KETUA PENDAFTAR BIL. 1 TAHUN 2018
BAYARAN DEPOSIT BAGI PELAKSANAAN WARAN TANGKAP BAGI KES SIVIL Dl SELURUH MAHKAMAH Dl MALAYSIA

Setelah merujuk kepada YAA Ketua Hakim Negara dan selaras dengan Aturan 74 subkaedah 4(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P. U. (A) 205/2012], bagi tujuan keseragaman dalam bayaran deposit bagi pelaksanaan waran tangkap untuk kes sivil di Mahkamah seluruh Malaysia, YAA Ketua Hakim Negara mengarahkan seperti berikut:

TUJUAN

2.         Pekeliling ini menyediakan panduan yang seragam mengenai bayaran deposit oleh pemiutang penghakiman bagi pelaksanaan waran tangkap untuk kes sivil terhadap penghutang penghakiman.

3.         Sebagaimana Arahan Amalan Bil. 4 Tahun 2009 bertajuk “WANG DEPOSIT DAN PELAKSANAAN WARAN TANGKAP BAGI KES SIVIL DI SELURUH MAHKAMAH DI MALAYSIA”, bayaran deposit adalah dikecualikan bagi pelaksanaan waran tangkap terhadap penghutang penghakiman Kerajaan Malaysia/Kerajaan Negeri atau mana-mana Jabatan Kerajaan.

BAYARAN WANG DEPOSIT OLEH PEMIUTANG PENGHAKIMAN

4.      Sebelum apa-apa tangkapan dibuat di bawah seksyen 6 Akta Penghutang 1957 [Akta 256], pemiutang penghakiman hendaklah mendepositkan ke dalam akaun deposit Mahkamah sebanyak RM2,000.00 (untuk Mahkamah Tinggi) dan RM1,000.00 (untuk Mahkamah Rendah) sebelum pelaksanaan waran tangkap.

5.      Pembayaran deposit tersebut hendaklah berserta dengan pembayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

6.          Bukti bayaran wang deposit hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pendaftaran Mahkamah.

7.          Apa-apa baki wang deposit hendaklah dipulangkan kepada pemiutang penghakiman selepas melepaskan penghutang penghakiman.

TATACARA PELAKSANAAN WARAN TANGKAP BAGI KES SIVIL

8.        Bagi pelaksanaan waran tangkap terhadap penghutang penghakiman, Syerif atau Bailif hendaklah mematuhi peruntukan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

9.         Tuntutan perjalanan dan wang sara Syerif atau Bailif hendaklah ditolak daripada wang deposit.

PERMULAAN KUAT KUASA

10.       Pekeliling ini mula berkuat kuasa pada tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.