Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Appeals Against Decisions of the Special Commissioners of Income Tax (Circular 145/2019)

Circular 145/2019
Dated 25 July 2019

To Members of the Malaysian Bar

Appeals Against Decisions of the Special Commissioners of Income Tax

The Chairman of the Special Commissioners of Income Tax, Dato’ Faiza binti Zulkifli, has extended to us a letter entitled “Kes Rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan — Pemfailan Rayuan Ke Mahkamah Tinggi Di Bawah Perenggan 34 Jadual 5 Akta Cukai Pendapatan 1967”, dated 12 July 2019.

The letter provides details regarding the procedure for filing appeals to the High Court against decisions of the Special Commissioners of Income Tax, which must be carried out via e-filing.

The relevant portion of the letter, which we received on 18 July 2019, is reproduced below.  The letter is also available here (see page 3) for your reference.

Thank you.

Salim Bashir
Secretary
Malaysian Bar


Tarikh: 12 July 2019

KES RAYUAN PEJABAT PESURUHJAYA KHAS CUKAI PENDAPATAN – PEMFAILAN RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI DI BAWAH PERENGGAN 34 JADUAL 5 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.   Satu mesyuarat telah diadakan bersama Pengarah dari Bahagian e-Kehakiman, Mahkamah Persekutuan Putrajaya berkenaan tatacara e-Filing bagi kes rayuan ke Mahkamah Tinggi oleh pihak-pihak yang terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP).

3.   Mesyuarat tersebut dan surat daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh 11 Jun 2019 telah menetapkan bahawa Pejabat PKCP perlu melaksanakan e-Filing
bagi kes rayuan yang difailkan ke Mahkamah Tinggi di bawah Perenggan 34 Jadual 5 Akta Cukai Pendapatan 1967.

4.   Bagi tujuan melicinkan proses e-Filing, pihak-pihak yang terkilan dengan keputusan PKCP dan memfailkan notis rayuan di bawah Perenggan 34 Jadual 5 Akta 1967 hendaklah menyediakan dalam bentuk soft copy dokumen-dokumen berikut:
      (a) Pernyataan lsu;
      (b) Pernyataan Fakta;
      (c) lkatan Dokumen Yang Dipersetujui;
      (d) lkatan Dokumen Perayu;
      (e) lkatan Dokumen Responden;
      (f) Hujahan Bertulis Perayu;
      (g) Hujahan Bertulis Responden;
      (h) Hujahan Balasan Bertulis Perayu/ Responden;
      (i) lkatan Autoriti Perayu;
      (j) lkatan Autoriti Responden; dan
      (k) Lain-lain dokumen dan eksibit yang dikemukakan semasa perbicaraan.

5.    Pihak-pihak tersebut hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen dalam bentuk soft copy tersebut ke Pejabat PKCP dalam tempoh dua minggu selepas tarikh pemfailan notis rayuan.

6.    Pihak-pihak yang memfailkan notis rayuan dipohon mematuhi Perenggan 4 dan 5 di atas dengan serta merta bagi melancarkan proses pemfailan e-Filing ini.

7.    Mohon dapat sekiranya YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan memaklumkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan.

 

Please click here to view the full circular.