Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Pentadbiran Berkenaan Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara "Fast-Track" Di Mahkamah Re

Circular No 091/2015
Dated 7 May 2015


To Members of the Malaysian Bar

Arahan Pentadbiran Berkenaan Pengendalian 
Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara “Fast-Track” Di Mahkamah Rendah Malaya

We refer to Circular No 084/2015 dated 24 Apr 2015 wherein we informed Members of Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bilangan 1 Tahun 2015 entitled “Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara ‘Fast-Track’ di Mahkamah Rendah Malaya”, which took effect on 1 May 2015. 

The Chief Judge of Malaya, YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli b Ahmad Makinudin, subsequently extended to us a copy of “Arahan Pentadbiran Berkenaan Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara ‘Fast-Track’ di Mahkamah Rendah Malaya”, in respect of child offenders, dated 5 May 2015.

The relevant portion of Arahan Pentadbiran Berkenaan Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara “Fast-Track” di Mahkamah Rendah Malaya is reproduced below, and a copy of it, which we received on 5 May 2015, is attached for your reference. 

Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn 
Secretary
Malaysian Bar

_____________________________________________________________________________________________

                                                                                                            Tarikh: 5 Mei 2015

ARAHAN PENTADBIRAN BERKENAAN PENGENDALIAN KES-KES JENAYAH JALANAN SECARA ‘FAST-TRACK’ DI MAHKAMAH RENDAH MALAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat ini dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam usaha mempercepatkan penyelesaian kes-kes jenayah jalanan di Mahkamah Rendah Malaya.  Oleh itu, satu Arahan Amalan iaitu Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bilangan 1 Tahun 2015 telah dikeluarkan dan mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2015.  Arahan Amalan tersebut menetapkan bahawa kes-kes jenayah jalanan hendaklah diselesaikan dalam masa 3 hari dari tarikh kes didaftarkan (jika tertuduh mengaku bersalah) dan 2 minggu (jika tertuduh memilih untuk dibicarakan).

3.         Walau bagaimanapun, Arahan Amalan tersebut tidak menyatakan tempoh masa untuk Mahkamah menyelesaikan kes-kes tersebut sekiranya tertuduh merupakan pesalah kanak-kanak.  Oleh itu, Arahan Pentadbiran ini menyarankan agar pihak Mahkamah berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan laporan akhlak dan penasihat-penasihat bagi Mahkamah Kanak-Kanak dapat disediakan dalam tempoh masa seperti yang ditetapkan di dalam Arahan Amalan tersebut.

4.         Justeru itu, bagi memastikan perlaksanaan Arahan Amalan tersebut berjalan dengan lancer, Pejabat ini dengan rendah diri memohon jasa baik YBhg. Dato’ untuk memaklumkan perkara ini kepada pegawai-pegawai yang terlibat.  Kerjasama serta keprihatinan pihak YBhg. Dato’ amatlah dihargai.