Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 (Circular No 275/2015)

Circular No 275/2015
Dated 21 Dec 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015
Penubuhan Mahkamah Alam Sekitar (Sivil)

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 dated 14 Dec 2015 pertaining to the establishment of a civil Environment Court.

Please be informed that Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 will take effect from 1 Jan 2016 (Friday).

The relevant portion of Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 is reproduced below and a copy of it is available online here for your reference.

Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar
___________________________________________________________________________

Tarikh: 14 Disember 2015

ARAHAN AMALAN BIL. 7 TAHUN 2015
PENUBUHAN MAHKAMAH ALAM SEKITAR (SIVIL)

Setelah berunding dengan YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Hakim Besar Sabah & Sarawak, YAA Ketua Hakim Negara telah mengarahkan penubuhan Mahkamah Alam Sekitar (Sivil) di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan di Mahkamah Majistret seluruh Malaysia yang akan mula beroperasi pada 1 November 2015.  Objektif penubuhan mahkamah ini adalah untuk melancarkan urusan pentadbiran, menyeragamkan amalan dan menyegerakan pelupusan kes yang melibatkan pertikaian tuntutan berkenaan alam sekitar agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.

2.         Bagi maksud Arahan Amalan ini –

Kes Alam Sekitar (Sivil)” bermaksud kes-kes tuntutan sivil alam sekitar yang melibatkan pertikaian berasaskan alam sekitar termasuklah seperti yang dinyatakan di perenggan 4.

BIDANG KUASA WILAYAH (LOCAL JURISDICTION)

3.         Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak

a) Bagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, urusan pendaftaran dan perbicaraan bagi kes tuntutan alam sekitar (sivil) akan dikendalikan oleh Mahkamah Harta Intelek.

b) Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya (selain daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) dan Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak akan dibicarakan di mahkamah masing-masing.

c) Rayuan dari Mahkamah Rendah Kuala Lumpur berkenaan perkara-perkara alam sekitar (sivil) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Harta Intelek (Mahkamah Tinggi sahaja).  Manakala bagi daerah-daerah lain rayuan dari mahkamah rendah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa.

d) Semakan Kehakiman bagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikekalkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas (RKK).

3.         Mahkamah Sesyen & Majistret

Selaras dengan Arahan Amalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2012 berkenaan penubuhan Mahkamah Alam Sekitar, bidangkuasa membicarakan kes-kes jenayah alam sekitar kini diperluaskan kepada bidang kuasa membicarakan kes-kes alam sekitar (sivil).

Sehubungan itu, pendaftaran dan perbicaraan kes-kes alam sekitar (sivil) adalah ditetapkan seperti berikut:

3.1.      Mahkamah Sesyen dan Majistret yang mempunyai pengasingan bidang tugas sivil dan jenayah

Bagi mahkamah yang mempunyai lebih daripada satu Mahkamah Sesyen Sivil dan Mahkamah Majistret Sivil, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di
bawah bidang kuasa mahkamah sesyen sivil dan majistret hendaklah didaftar dan dibicarakan di satu mahkamah sesyen sivil dan satu mahkamah majistret sivil yang dikenalpasti mengikut bidangkuasa masing-masing.

3.2.      Mahkamah Sesyen dan Majistret yang tidak mempunyai pengasingan bidang tugas sivil dan jenayah

a) Bagi mahkamah yang mempunyai lebih daripada satu mahkamah sesyen dan mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di bawah bidang kuasa mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan dibicarakan di satu mahkamah sesyen dan satu mahkamah majistret yang dikenalpasti mengikut bidangkuasa masing-masing.

b) Bagi mahkamah yang mempunyai hanya satu mahkamah sesyen dan satu atau lebih mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di bawah bidangkuasa mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan didengar di mahkamah sesyen tersebut dan mahkamah majistret yang dikenalpasti.

c) Bagi mahkamah yang hanya mempunyai mahkamah majistret sahaja, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) dalam bidang kuasa mahkamah sesyen hendaklah didaftar dan dibicarakan di mahkamah sesyen yang mempunyai bidangkuasa, manakala kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) dalam bidang kuasa mahkamah majistret hendaklah didaftarkan dan dibicarakan di mahkamah majistret tersebut.

d) Bagi mahkamah yang mempunyai hanya satu mahkamah sesyen dan membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di bawah bidangkuasa mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan dibicarakan di mahkamah sesyen tersebut mengikut bidangkuasa sivil masing-masing seperti yang diperuntukkan oleh Akta Mahkamah Rendah 1948 (Pindaan 2010). Pendaftaran kes hendaklah dibuat mengikut kod mahkamah yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kes tersebut.

4.         Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) yang telah didaftarkan sebelum berkuatkuasanya Pekeliling ini di mahkamah masing-masing hendaklah kekal di mahkamah yang sama dan di sambung dengar sehingga ia dilupuskan tertakluk kepada bidangkuasa mahkamah tersebut. Mahkamah tersebut hendaklah mengenalpasti dan menyelenggara rekod / nombor kes sehingga kes dilupuskan untuk tujuan pengiraan statistik yang tepat.

KAUSA TINDAKAN

5.         Kes-kes alam sekitar (sivil) yang didaftarkan di Mahkamah Alam Sekitar (Sivil) adalah kes yang melibatkan pertikaian berasaskan alam sekitar dalam perkara sepertimana berikut:

i) Tuntutan gantirugi ke atas kerosakan atau kemusnahan harta benda yang diakibatkan oleh apa-apa perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar.

ii) Tuntutan gantirugi ke atas kecederaan diri akibat daripada perbuatan yang mendatangkan kerosakan atau kemusnahan alam sekitar.

iii) Gangguan atau halangan yang bercanggah dengan undang-undang terhadap penggunaan seseorang individu atau kenikmatan seseorang individu yang patut dinikmati ke atas tanahnya atau kacau ganggu yang diakibatkan oleh pencemaran bunyi, air, udara dan getaran.

6.         Bagi kes-kes yang melibatkan permohonan injunksi dan perisytiharan di bawah bidangkuasa Mahkamah Sesyen seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 65 Akta Mahkamah Rendah 1948 (Pindaan 2010), permohonan tersebut hendaklah dibicarakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Gred Jusa. Bagi mahkamah yang tidak menempatkan Hakim Mahkamah Sesyen Gred Jusa, permohonan tersebut hendaklah dibicarakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang diberi kuasa mengikut Pekeliling Ketua Pendaftar 1/2013. Bagi tujuan kemudahan, dilampirkan senarai yang berkenaan sebagai Lampiran A.

PENGKELASAN KOD

7.         Apabila berkuatkuasanya Arahan Amalan ini, semua kes tuntutan alam sekitar (sivil) yang didaftarkan di seluruh Malaysia hendaklah didaftarkan mengikut pengkelasan seperti berikut:

a. Mahkamah Tinggi

PERKARA

KOD

Rayuan Interlokutori Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Majistret

11AE

Rayuan selepas Bicara Penuh Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Majistret

11BE

Rayuan Interlokutori Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Sesyen

12AE

Rayuan selepas Bicara Penuh Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Sesyen

12BE

Semakan Sivil Alam Sekitar

13E

Rayuan Alam Sekitar (Sivil) dari Tribunal Pentadbiran

16E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan terhadap Kerajaan

21E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil)

22E

Writ Saman Tort Alam Sekitar ( Sivil)

23E

Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil)

24E

Usul Pemula Alam Sekitar

25E

b. Mahkamah Sesyen

PERKARA

KOD

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan Terhadap Kerajaan
(RM100,001 – RM300,000)

A51E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan Terhadap Kerajaan
(RM300,001 – RM1,000,000)

B51E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil)
(RM100,001 – RM300,000)

A52E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil)
(RM300,001 – RM1,000,000)

B52E

Tort Alam Sekitar (Sivil)
(RM100,001 – RM300,000)

A53E

Tort Alam Sekitar (Sivil)
(RM300,001 – RM1,000,000)

B53E

Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil)
(RM100,001 – RM300,000)

A54E

Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil)
(RM300,001 – RM1,000,000)

B54E

c. Mahkamah Majistret

PERKARA

KOD

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan terhadap Kerajaan

A71E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil)

A72E

Tort Alam Sekitar (Sivil)

A73E

Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil)

A74E

TEMPOH PELUPUSAN

8.         Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) hendaklah diselesaikan dalam tempoh sembilan (9) bulan dari tarikh ia mula-mula didaftarkan di mahkamah tersebut.

9.         Arahan Amalan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.