Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 (Circular No 272/2015)

Circular No 272/2015
Dated 17 Dec 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015
Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan Kod Tambahan dan Format Statistik bagi Kes-Kes di bawah 
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 dated 14 Dec 2015 pertaining to guidelines, code amendments, classification of additional codes, and the format for statistics in respect of cases under the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 [Act 670].

Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 includes guidelines for Judges of the Sessions Courts and Magistrates’ Courts in respect of such cases, entitled “Garis Panduan bagi Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret dalam Kes-Kes Pemerdagangan Orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (“Garis Panduan”).

Please be informed that Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 will take effect from 1 Jan 2016 (Friday).

The relevant portion of Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 is reproduced below, and a copy of it (including the Garis Panduan) is available online here for your reference.

Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar

___________________________________________________________________________

Tarikh: 14 Disember 2015

ARAHAN AMALAN BIL. 6 TAHUN 2015
GARIS PANDUAN, PINDAAN KOD, PENGKELASAN KOD TAMBAHAN DAN FORMAT STATISTIK BAGI KES-KES DI BAWAH AKTA
ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007 [AKTA 670]

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini kes-kes berkaitan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] telah diberikan perhatian serius oleh semua pihak dan seringkali menjadi isu perbahasan dalam persidangan di Parlimen.

3. Selain dari itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai beberapa jawatankuasa di bawah Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO) seperti High Level Committee (HLC) Mengenai Pemerdagangan Orang dan Jawatankuasa Pengurusan Kes yang antara lain bertujuan untuk memantau kes-kes di bawah Akta 670 yang tertangguh melebihi tiga (3) bulan di rumah-rumah perlindungan.

4. Oleh yang demikian, untuk tujuan penyelarasan dan pemantauan, arahan amalan ini dikeluarkan dan hendaklah dipatuhi oleh pegawai-pegawai yang terlibat.

5. GARIS PANDUAN

5.1 Bagi tujuan penyeragaman dan penjelasan lanjut mengenai pengendalian kes-kes di bawah Akta 670 yang melibatkan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret, bersama-sama ini dilampirkan “Garis Panduan Bagi Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret Dalam Kes-Kes Pemerdagangan Orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]”.

5.2 Sehubungan dengan itu, “Garis Panduan Bagi Majistret Di Bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007” yang dikeluarkan melalui surat Ketua Pendaftar bertarikh 3 September 2008 adalah dibatalkan.

6. PINDAAN KOD DAN PENGKELASAN KOD TAMBAHAN

6.1 Bagi Mahkamah Sesyen, Kod 61ATIPSOM dan Kod 62ATIPSOM dipinda seperti berikut:

Kod 61SOM

Kes Tangkap Penyeludupan Migran di bawah Akta 670 – Pekhidmat Awam

Nota: Kes-kes di bawah seksyen 26A, 26B, 26C, 26D, 26E, 26F, 26G, 26H, 26I, 26J, 26K

Kod 62SOM

Kes Tangkap Penyeludupan Migran di bawah Akta 670

Nota: Kes-kes di bawah seksyen 26A, 26B, 26C, 26D, 26E, 26F, 26G, 26H, 26I, 26J, 26K

Kod 61ATIP

Kes Tangkap Pemerdagangan Orang di bawah Akta 670 – Pekhidmat Awam

Kod 62ATIP

Kes Tangkap Pemerdagangan Orang di bawah Akta 670

6.2 Kod 61ATP dan 62ATP yang terpakai sebelum ini adalah terbatal. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes sedia ada yang telah didaftarkan dengan kod 61ATP dan 62ATP hendaklah dikekalkan sehingga kes-kes tersebut selesai. Pendaftaran kes-kes mengikut kod-kod yang baru hendaklah terpakai mulai arahan amalan ini berkuatkuasa.

6.3 Bagi Mahkamah Majistret, pengkelasan kod tambahan adalah seperti berikut:

 

Kod 89ATP (A)

Permohonan Perintah Perlindungan Sementara 
[Interim Protection Order (IPO)]

Kod 89ATP (B)

Permohonan Perintah Perlindungan
[Protection Order (PO)]

Nota: Permohonan PO perlu didaftarkan semula dan diberikan nombor kes baru sekiranya ia merupakan lanjutan daripada permohonan IPO.

6.4 Buku kausa khas bagi setiap kod terpinda di perenggan 6.1 dan kod tambahan di perenggan 6.3 hendaklah diwujudkan dan diselenggara dengan teratur.

7. FORMAT STATISTIK

7.1 Bagi kemudahan pengumpulan statistik kod tambahan di perenggan 6.3, format statistik bulanan seperti di Lampiran A dan Lampiran B hendaklah digunakan.

7.2 Jenis eksploitasi dan agensi penguatkuasa yang dirujuk di dalam format statistik tersebut adalah sebagaimana berikut:

Jenis Eksploitasi

  1. Seksual (SEX)
  2. Kerja Paksa (Force Labour) (E)
  3. Hamba/Abdi (SS)
  4. Pemindahan Organ (O)
  5. Lain-lain (Ors.)

Agensi Penguatkuasa

  1. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  2. Jabatan Imigresen Malaysia (IMI)
  3. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)
  4. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  5. Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

8. Arahan Amalan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.