Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Bil 5 Tahun 2015 | Pengkelasan Kod Tambahan bagi Kes Kemalangan Jalan Raya yang Meliba

Circular No 244/2015
Dated 30 Oct 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Bil 5 Tahun 2015
Pengkelasan Kod Tambahan bagi Kes Kemalangan Jalan Raya yang Melibatkan Pekhidmat Awam

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 5 Tahun 2015, dated 27 Oct 2015, pertaining to the additional classification codes for road accident cases that involve civil servants.

Please be informed that Arahan Amalan Bil 5 Tahun 2015 will take effect from 1 Nov 2015 (Sunday).

The relevant portion of Arahan Amalan Bil 5 Tahun 2015 is reproduced below, and a copy of it, which we received on 29 Oct 2015, is attached for your reference.

Thank you.

 

Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar

_________________________________________________________________________

Tarikh: 27 Oktober 2015

ARAHAN AMALAN BIL. 5 TAHUN 2015
PENGKELASAN KOD TAMBAHAN BAGI KES KEMALANGAN JALAN RAYA YANG MELIBATKAN PEKHIDMAT AWAM

Dengan hormatnya saya diarahkan untuk merujuk kepada perkara di atas.

2.         Seperti yang YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, kod bagi kes-kes kemalangan jalan raya telah ditetapkan sebagaimana Arahan Amalan Bilangan 7 Tahun 2013 iaitu Kod A53KJ dan B53KJ di Mahkamah Sesyen dan Kod A73KJ di Mahkamah Majistret.  Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk menambahbaik sistem pendaftaran kes-kes tersebut khususnya bagi kes-kes yang melibatkan pekhidmat awam.

3.         Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kes-kes sedemikian dapat dipantau dan diselesaikan dengan lebih efisyen, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mengarahkan agar kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pekhidmat awam diberikan kod-kod pendaftaran khusus seperti berikut:-

3.1       Bagi Mahkamah Sesyen, pengkelasan kod tambahan adalah seperti berikut:

Kod A51KJ

Tort (Kemalangan Jalan Raya) (RM100,001-RM300,000) (Pekhidmat Awam)

Kod B51KJ

Tort (Kemalangan Jalan Raya) (RM300,001-RM1,000,000) (Pekhidmat Awam)

3.2 Bagi Mahkamah Majistret, pengkelasan kod tambahan adalah seperti berikut:

Kod A71KJ

Tort (Kemalangan Jalan Raya) (Pekhidmat Awam)

4.         Bagi kes-kes sedia ada yang telah didaftarkan dengan kod A53KJ dan B53KJ di Mahkamah Sesyen dan kod A73KJ di Mahkamah Majistret, ia hendaklah dikekalkan sehingga kes-kes tersebut selesai.  Pendaftaran kes-kes mengikut kod-kod yang baharu hendaklah terpakai mulai arahan amalan ini berkuatkuasa.

5.         Buku Kausa untuk pendaftaran setiap kod seperti di atas hendaklah dibuka dan diselenggarakan dengan teratur.

6.         Arahan Amalan ini berkuat kuasa pada 1 November 2015.