Assisting Lawyers

Have a query? Call the Helpdesk
PII & RM: +603-2050 2001
BCM General Line: +603-2050 2050
Marsh Insurance Broker: 
     +603-2723 3241 /3388
Font size
  • small text
  • medium text
  • large text

Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2015 | Pembekalan Fakta Kes bersama Waran Memenjarakan kepada Pihak Penjar

Circular No 073/2015
Dated 16 Apr 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2015 
Pembekalan Fakta Kes bersama Waran Memenjarakan kepada Pihak Penjara bagi Kes-kes yang Layak Diparol

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2015, dated 7 Apr 2015, entitled “Pembekalan Fakta Kes bersama Waran Memenjarakan kepada Pihak Penjara bagi Kes-Kes yang Layak Diparol”.

Please be informed that Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2015 took effect from 15 Apr 2015 (Wednesday).

The relevant portion of Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2015 is reproduced below, and a copy of it is attached for your reference.

Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn 
Secretary
Malaysian Bar

______________________________________________________________________________________________

            
Tarikh: 7 April 2015

ARAHAN AMALAN BIL. 2 TAHUN 2015
PEMBEKALAN FAKTA KES BERSAMA WARAN MEMENJARAKAN KEPADA PIHAK PENJARA BAGI KES-KES YANG LAYAK DIPAROL

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat di antara Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri (Lembaga Parol) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah diadakan pada 10 Mac 2015 dan telah dipengerusikan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

3.         Lanjutan dari mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan isu­-isu berbangkit dan mencari penyelesaian kepada masalah pembekalan fakta kes oleh Mahkamah kepada pihak penjara untuk tujuan pertimbangan parol banduan oleh Lembaga Parol.

4.         Bagi memastikan masalah pembekalan fakta kes ini di atasi dengan segera, arahan-arahan berikut hendaklah dipatuhi:

4.1     Kelayakan untuk mendapat parol

Kelayakan seseorang banduan menjalani hukuman pemenjaraan untuk mendapatkan parol adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 46E(1) dan Seksyen 46E(3)(a), (b) dan (c) Akta Penjara 1995 [Akta 537].  Peruntukan undang-undang ini perlulah dibaca bersama-sama dengan Jadual Keempat Akta tersebut. Sila rujuk Lampiran A.

4.2     Kes-kes di mana Orang Kena Tuduh mengaku salah

Bagi kes-kes Orang Kena Tuduh yang mengaku salah terhadap pertuduhan yang dihadapinya, satu salinan fakta kes hendaklah dibekal dan dikepilkan bersama-sama dengan Waran Mempenjarakan kepada pihak penjara.  Sekiranya fakta kes adalah seperti pertuduhan, maka kertas pertuduhan perlulah dibekalkan kepada pihak penjara bersama­-sama dengan Waran Mempenjarakan.

4.3     Kes-kes di mana Orang Kena Tuduh minta dibicarakan

Bagi kes-kes di mana Orang Kena Tuduh minta dibicarakan, hanya kertas pertuduhan sahaja yang perlu dibekalkan kepada pihak penjara.  Alasan Penghakiman kes tersebut hanya akan dibekalkan sekiranya permohonan dikemukakan oleh pihak penjara (tertakluk kepada pemfailan notis rayuan).

5.         YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah diarahkan untuk mematuhi arahan­-arahan tersebut bagi tujuan melancarkan pertimbangan parol banduan oleh Lembaga Parol.

6.         Arahan Amalan ini adalah berkuatkuasa pada 15 April 2015.